Friday, 21 November 2014

10 PASUKAN FORMULA E AKAN BER 'RACING' DI PUTRAJAYA




10 pasukan Formula E dengan 22 orang pemandu akan berlumba dalam pusingan ke 2 Formula E Putrajaya pada 22 November ini. Berikut adalah senarai pasukan2 yang bertanding serta pemandu setiap pasukan.

1. AMLIN AGURI
Pemandu: Katherine Legge / Antonio Felix da Costa

2. ANDRETTI FORMULA E
Pemandu: Franck Montagny / Charles Pic

3. AUDI SPORT ABT
Pemandu: Lucas di Grassi / Daniel Abt

4. CHINA RACING TEAM
Pemandu: Nelson Piquet / Ho-Pin Tung

5. DRAGON RACING
Pemandu: Jerome D'Ambrosio / Oriol Servià

6. E. DAMS- RENAULT
Pemandu: Nicolas Prost / Sébastien Buemi

7. MAHINDRA RACING 
Pemandu: Karun Chandhok / Bruno Senna

8. TRULLI
Pemandu: Jarno Trulli / Michela Cerruti

9. VENTURI
Pemandu: Nick Heidfeld / Stéphane Sarrazin

10. VIRGIN RACING
Pemandu: Jaime Alguersuari / Sam Bird





Artikel oleh : Tengku Sam

FORMULA E PUTRAJAYA


Sukan Formula E kini berada di Malaysia dengan perlumbaan pusingan ke 2 di Putrajaya. 
Selepas perlumbaan di Beijing pada bulan lalu, Putrajaya menjadi pilihan untuk pusingan ke 2 dalam kalendar Formula E musim baru ini. Perlumbaan di Putrajaya ini telah mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Belia & Sukan.



Perlumbaan ini akan diadakan pada 22 November ini, dimana 10 pasukan Formula E akan berentap dalam pusingan ke 2 Formula E di Putrajaya  yang akan diadakan di Presint 2 & 3 Putrajaya. Formula E adalah sukan perlumbaan kereta yang seakan akan F1 tetapi jentera yang akan digunakan menggunakan jentera Formula E yang berkuasa elektrik. Kelajuan jentera Formula E ini boleh mencecah 250km sejam dan tidak mengeluarkan bunyi bingit seperti jentera F1

Apa yg menariknya beberapa orang pemandu yang akan berlumba pernah menjadi pemandu kereta Formula 1 (F1). Mereka ialah Jarno Trulli, Nelson Piquet dan Nick Heidfeld.
Apa yg menariknya terdapat 3 orang wanita yg akan turut sama berlumba dalam perlumbaan Formula E ini.




Tiket2 untuk menyaksikan perlumbaan Formula E masih boleh dibeli secara online di laman web rasmi Formula E di http://www.fiaformulae.com/en/tickets.aspx



Artikel oleh : Tengku Sam

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA BINA PUTRAJAYA

Demikian gema gempita semangat merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata

Kian jauh menyelusuri zaman merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan petanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtuhan haloba segalanya mereka rempoh
Mengganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis

Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta

Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan

Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan
Kata mereka  Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Sambil menggigit jari jemari
Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka

Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tiada selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir

Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa

Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan yang menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbiosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putranegara

Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih  indah  tertib  teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu

Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Bangga dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua

Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka

Deklamasi puisi oleh :

YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4
29 Ogos 2001
Sempena Pesta Puisi Patriotik 2001
Di Taman Putra Perdana, Putrajaya



SEJARAH PENUBUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SEJARAH PENUBUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Putrajaya juga dikenali sebagai Bandaraya pintar dalam taman (The Vibrant City). Keluasan Putrajaya ialah 4931 hektar, meliputi 600 hektar tasik buatan manusia dan bersempadan dengan  Cyberjaya MSC. Terletak 25km di selatan  Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur  (KLIA). Putrajaya terletak di lokasi kordinat 2°55' Utara, 101°40' timur  (2.91667, 101.667).

Nama Putrajaya dipilih sempena dengan nama mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj bagi menghargai jasa besar beliau terhadap Negara.

Keindahan pemandanagan tasik, semnibina bangunan, senibina jambatan dan tiang lampu hasil darripada pernacanagn perbandaran yang teliti dan pembangunan ekologi yyang seimbang telah
menghasilkan sebuah bandaraya indah dalam taman dan dikeliliing persekitaran menhijau dan tasik yang indah,,,inilah PUTRAJAYA.
 
Siapa sangka sebuah kawasan yang dahulunya ladang kelapa sawit telah berubah menjadi sebuah bandar yang indah. Putrajaya yang dahulunya dipenuhi pokok sawit kini berubah menjadi sebuah bandar indah dalam taman dan dikelilingi oleh tasik buatan manusia. masih terdapat banyak pokok sawit yang dikekalkan menjadi landskap yang indah.Putrajaya mula  dibangunkan pada tahun 1995 dan telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Pembangunan PUTRAJAYA merupakan sumbangan dan idea terhebat bekas perdana menteri yang ke 4 , Ybhg Tun Dr Mahathir Mohammd yang mahu menyatukan semua semua kementerian dan agensi kerajaan persekutuan di satu tempat. Ini kerana Kuala Lumpur tidak lagi sesuia untuk dijadikan pusat pentadbiran negara. Putrajaya terletak bersempadan  dengan CYBERJAYA,  25 km dari KLIA dan 30 km diselatan Kuala Lumpur.

Hampir 90% penduduuk yang mendiami Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan kakitanagan Kerajaan persekutuan dan agensi kerajaan. Selebihnya   adalah bekerja dggn syt swasta dan masyarakat peniaga

Putrajaya dibahagikan atau di zonkan mengikut presint, iaitu Presint 1 hingga Prisint 19. Bahagian utama kompleks bangunan kerjaan disepanjang persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pula dinamakan parcel A, B,C,D dan E.

Sesungguhnya kewujudan Wilayah Persekutuan putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah menjadi pemangkin kepada pembanngunan negara secara keseluruhannya.

Artikel oleh: Tengku Sam




SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA



Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak 25 km dari Kuala Lumpur adalah sebuah bandar terancang dan telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1999. Putrajaya dibahagikan kepada 20 bahagian yg dinamanakan Presint 1 hingga presint 20. Terdapat juga bahagian kecil yang namakan Parcel untuk pejabat kerajaan dan Fasa bagi kuarters kediaman penduduk.

Kerajaan Persekutuan telah memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, disebabkan Kuala lumpur tidak lagi sesuai menjadi Pusat Pentadbiran kerana terlalu padat dan pembangunan yang terlalu pesat. 

Pembinaan Putrajaya adalah idea mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya telah dinaik taraf menjadi Wilayah persekutuan yg ke 3 selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Nama Putrajaya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Bandar ini terletak bersebelahan dengan Multimedia Super Corridor, Cyberjaya. Pelan Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal tahun 1990an. Kawasan asal Putrajaya adalah ladang sawit yang dinamakan ladang Prang Besar. Sehingga kini masih terdapat pokok pokok sawit lama yg dijadikan landskap di taman - taman awam Putrajaya.

Populasi penduduk Putrajaya pada ketika ini adalah lebih dari 70,000 orang. Sebahagian besar penduduk Putrajaya adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai pentadbiran kerajaan Persekutuan, pekerja di sektor swasta, peniaga, expatriat, dan pelajar sekolah / universiti.

Artikel oleh : Tengku Sam





Thursday, 13 November 2014

SALAM PERKENALAN DARI BLOG PutrajayaCity.blogspot


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Selamat Datang ke blog PutrajayaCity :-D

Blog ini adalah sebuah blog komuniti yang mengandungi artikel dan berita sekitar 
Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merangkumi aktiviti penduduk, gaya hidup (lifestyle), 
acara (event) dan keindahan senibina bangunan & landskap Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia ini.

Dengan adanya blog ini akan membantu memberi maklumat dan panduan kepada rakyat Malaysia secara umum dan penduduk Putrajaya khususnya untuk mengetahui sedikit sebanyak  tentang maklumat terkini dan apa yg berlaku di sekitar Putrajaya.

Kami adalah penulis blog bebas yang tidak terikat dengan mana2 idealogi politik dan tekanan pihak2 tertentu. Kami juga mempelawa penulis2 blog, artikel dan photographer untuk bekerjasama dengan kami.

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. 

Ikhlas dari kami,

-PutrajayaCity.blogspot.com-