Sukan Formula E kini berada di Malaysia dengan perlumbaan pusingan ke 2 di Putrajaya.
Selepas perlumbaan di Beijing pada bulan lalu, Putrajaya menjadi pilihan untuk pusingan ke 2 dalam kalendar Formula E musim baru ini. Perlumbaan di Putrajaya ini telah mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Belia & Sukan.Perlumbaan ini akan diadakan pada 22 November ini, dimana 10 pasukan Formula E akan berentap dalam pusingan ke 2 Formula E di Putrajaya yang akan diadakan di Presint 2 & 3 Putrajaya. Formula E adalah sukan perlumbaan kereta yang seakan akan F1 tetapi jentera yang akan digunakan menggunakan jentera Formula E yang berkuasa elektrik. Kelajuan jentera Formula E ini boleh mencecah 250km sejam dan tidak mengeluarkan bunyi bingit seperti jentera F1
Apa yg menariknya beberapa orang pemandu yang akan berlumba pernah menjadi pemandu kereta Formula 1 (F1). Mereka ialah Jarno Trulli, Nelson Piquet dan Nick Heidfeld.
Apa yg menariknya terdapat 3 orang wanita yg akan turut sama berlumba dalam perlumbaan Formula E ini.
Tiket2 untuk menyaksikan perlumbaan Formula E masih boleh dibeli secara online di laman web rasmi Formula E di http://www.fiaformulae.com/en/tickets.aspx
Artikel oleh : Tengku Sam
No comments:
Post a Comment