SEJARAH PENUBUHAN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Putrajaya juga dikenali sebagai
Bandaraya pintar dalam taman (The Vibrant City). Keluasan
Putrajaya ialah 4931 hektar, meliputi 600 hektar tasik buatan manusia dan
bersempadan dengan Cyberjaya MSC.
Terletak 25km di selatan Kuala Lumpur
dan 20km di utara Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Putrajaya terletak di lokasi kordinat 2°55' Utara, 101°40' timur (2.91667, 101.667).
Nama Putrajaya dipilih sempena dengan nama mantan Perdana
Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj bagi menghargai
jasa besar beliau terhadap Negara.
Keindahan pemandanagan tasik, semnibina bangunan,
senibina jambatan dan tiang lampu hasil darripada pernacanagn perbandaran yang
teliti dan pembangunan ekologi yyang seimbang telah
menghasilkan sebuah bandaraya indah dalam taman dan
dikeliliing persekitaran menhijau dan tasik yang indah,,,inilah PUTRAJAYA.
Siapa sangka sebuah kawasan yang dahulunya
ladang kelapa sawit telah berubah menjadi sebuah bandar yang indah. Putrajaya
yang dahulunya dipenuhi pokok sawit kini berubah menjadi sebuah bandar indah
dalam taman dan dikelilingi oleh tasik buatan manusia. masih terdapat banyak
pokok sawit yang dikekalkan menjadi landskap yang indah.Putrajaya mula dibangunkan pada tahun 1995 dan telah menjadi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Pembangunan PUTRAJAYA merupakan sumbangan dan
idea terhebat bekas perdana menteri yang ke 4 , Ybhg Tun Dr Mahathir Mohammd
yang mahu menyatukan semua semua kementerian dan agensi kerajaan persekutuan di
satu tempat. Ini kerana Kuala Lumpur tidak lagi sesuia untuk dijadikan pusat
pentadbiran negara. Putrajaya terletak bersempadan dengan CYBERJAYA, 25 km dari KLIA dan 30 km diselatan Kuala Lumpur.
Hampir 90% penduduuk yang mendiami Wilayah
Persekutuan Putrajaya merupakan kakitanagan Kerajaan persekutuan dan agensi
kerajaan. Selebihnya adalah bekerja
dggn syt swasta dan masyarakat peniaga
Putrajaya dibahagikan atau di zonkan mengikut
presint, iaitu Presint 1 hingga Prisint 19. Bahagian utama kompleks bangunan
kerjaan disepanjang persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pula dinamakan
parcel A, B,C,D dan E.
Sesungguhnya kewujudan Wilayah Persekutuan
putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah menjadi
pemangkin kepada pembanngunan negara secara keseluruhannya.
Artikel oleh: Tengku Sam
No comments:
Post a Comment